Tuesday, March 30, 2010

test

Tuesday, March 30, 2010
tema

0 comments

Sunday, March 28, 2010

Berubah Sebelum Tiba Masanya

Sunday, March 28, 2010
Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua...

Semoga pagi yang redup ini akan membawa suatu perubahan dengan semangat yang baru untuk kita semua. Sekalung tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya menamatkan kursus di Maran, Pahang. Diharapkan angin perubahan akan bertiup di seluruh bahagian Dungun untuk terus bekerja memantapkan perjuangan parti.

Penulis amat berbangga dan bersyukur ke hadrat Ilahi kiranya ilmu yang ditimba dapat digunakan untuk berbakti kepada rakyat yang ada walau di ceruk mana mereka berada sekalipun. Demi memperjuangkan kedudukan bangsa sendiri janganlah kita mengambil mudah apajua permasalahan yang dihadapi oleh rakyat khususnya yang sentiasa di pandangan mata kita.

Pelbagai langkah diambil untuk memperkuatkan parti. Namun semua itu akan menjadi sia-sia bila kita masih meletakkan kepentingan peribadi dari matlamat perjuangan parti. Yang penting kita berani melakukan perubahan yang lebih baik untuk parti dan rakyat untuk terus mengekalkan kuasa politik di tangan orang Melayu.

Perjuangan bangsa yang penulis galas bersama rakan-rakan tidak menuntut penghargaan. Sudah memadai dan kepuasan dicapai bila peringkat akar umbi yang datangnya tidak tahu apa itu politik dan kuasa yang ada pada orang Melayu tetapi pada akhirnya menitiskan airmata kerana kuasa yang ada hari ini bisa hilang bila-bila masa sahaja.

Penulis hanyalah insan biasa yang tiada kepentingan apatah lagi darjat dan kemewahan. Penulis telah melalui 3 PRU di Dungun. Walaupun bukan anak jati Dungun tetapi turut sama-sama memerah keringat untuk mempertahankan apa yang kita ada. Perasaan terkilan tidak dapat disembunyikan bila ada segelintir orang parti yang sanggup membelakangkan perjuangan parti bila orang yang mereka kehendaki tidak terpilih sebagai calon. Begitulah juga dalam pemilihan parti. Sewajarnya kita mengambil pengiktibaran ini agar tidak berulang kembali. Jika kita sayangkan parti jadikanlah pagi yang redup ini sebagai satu titik tolak permulaan untuk kita melakukan perubahan. Kembali pada perjuangan asal parti.

Penulis terharu melihat kesungguhan rakan-rakan pemuda yang sentiasa bersama-sama bekerja untuk parti tanpa mengira masa, tempat apatah lagi imbuhan. Seharusnya kita memperbetulkan persepsi masyarakat kepada kita. Jangan kerana nila setitik akan menyebabkan rosaknya susu sebelanga.

Pemuda hari ini adalah barisan pelapis yang akan senantiasa memperkuatkan parti. Justeru itu marilah kita bersama-sama melakukan perubahan demi kerana perjuangan alif, ba dan ta. Seandainya kita masih leka dan lalai tidak mustahil Melayu akan gugur di bumi sendiri...

Hayati Sebuah Perjuangan...



0 comments

Saturday, March 27, 2010

MENGENALI SAHABAT: Persahabatan Adalah Kasih Sayang Tanpa Sayap

Saturday, March 27, 2010
Dalam menjalin sebuah persahabatan yang murni dan abadi ia memerlukan pengorbanan yang besar. Bila kita berkenalan dengan seseorang dan kita suka padanya maka kita pasti malu menjalin ikatan persahabatan yang kekal lama dengannya. Namun banyak dugaan dan rintangan yang akan mengiringi persahabatan itu sehinggakan ia boleh memusnahtan sebuah erti persahabatan.

friends

Perubahan tanpa kompromi

Selama ini Mohsein ingatkan Rashdan adalah teman jati baginya. Mereka membesar bersama dan menghadiri sekolah yang sama.Mereka melalui saat gembira dan sedih bersama-sama. Mohsein masih ingat lagi bila Rashdan ditinggalkan oleh teman wanitanya. Mohseinlah tempat bagi Rashdan mengadu dan meluahkan perasaan kecewanya. Sebagai teman karib, Mohsein cuba memujuknya agar bertabah hati dan jangan terlalu bersedih.

Persahabatan erat antara Mohsein dan Rashdan amat bermakna bagi mereka berdua. Namun segala-galanya berubah dengan tiba-tiba. Rashdan sudah jarang menghubungi Mohsein lagi. Malah, 'bayangnya' pun sudah jarang kelihatan. Lalu Mohsein cuba mendapatkan jawapan daripadanya tapi Rashdan hanya diam membisu tanpa berkata apa-apa.
Mohsein rasa hairan melihat sikap Rashdan. Apakah kesilapan Mohsein yang menyebabkan Rashdan bersikap dingin terhadapnya? Mohsein bagaikan memerah otaknya mencari punca Rashdan bersikap begitu. Akhirnya, seorang teman Mohsein memberitahunya Rashdan berasa kecewa kerana Mohsein dapat pekerjaan baru. "Rashdan fikir kamu dah berubah sekarang dan tidak sama seperti dulu lagi." kata teman itu. Jelas Rashdan adalah seorang yang tidak dapat sesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.

Dalam kehidupan harian, perubahan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Walaupun kita tidak terfikir ia akan berlaku namun semuanya adalah di luar kawalan kita. Umpamanya dalam kes Mohsein yang rumit ini. Mohsein baru saja memulakan keria di pejabat baru dan kerianya memerlukan dia berkorban masa. Jadual keria Mohsein amat sibuk sehinggakan dia jarang ada masa bersosial.
Mohsein terkejut dengan sikap Rashdan yang tidak faham kedudukannya sekarang. "Dia yang menggalakkan aku memohon bekerja di sini tapi sekarang dia rasa lain pulak. Segala-galanya terjawab selepas tiga bulan aku dapat tahu Rashdan juga ada memohon kerja di tempat yang sama tapi dia gagal," ujar Mohsein.

Perubahan besar dalam kehidupan boleh memberi kesan dan menggugat sebuah persahabatan. Ini termasuk perubahan dalam kerjaya, percintaan dan perpindahan rumah. Kita perlu faham hidup ini tidak statik. Perubahan ialah sebahagian daripada realiti dalam hidup. Persahabatan memerlukan flesikbel dan boleh menerima sesuatu perubahan yang berlaku.

Perubahan besar yang berlaku sering melibatkan emosi. Oleh itu, Mohsein berpendapat dia perlu meluangkan masa agar dapat bersama Rashdan walaupun dia sibuk. "Mungkin aku dapat berjumpa dengan Rashdan di hari minggu." katanya.


Dikecewakan oleh teman 

Dikecewakan oleh teman Kadang kala kita mahu teman karib berada di sisi kita bila kita menghadapi situasi yang kurang baik seperti dilanda masalah dan sebagainya. Namun, jangan terkejut bila teman itu 'hilang' entah di mana di saat kita perlukan mereka. Yara Idris, 19, menceritakan tentang pengalamannya bersama Fizie tahun lepas. Yara terlatar di hospital kerana diserang penyakit ketumbuhan di dalam perut. Ia hampir meragut nyawa Yara namun doktor berjaya mengeluarkan ketumbuhan itu. "Selama dua minggu aku terlantar di hospital, Fizie tak pernah datang melawatku. Malah, dia tak menjawab panggilan telefonku. Tidak seperti dulu dia sentiasa berada di sisiku bila aku memerlukannya." jelas Yara.

Bila mereka bertemu, Fizie memberi alasan dia tidak suka pergi ke hospital kerana tidak tahan baunya. Yara hanya menggeleng kepala mendengar penjelasan Fizie.
Jika ada teman baik yang mengecewakan kamu kerana sesuatu perkara, kamu tidak perlu memutuskan hubungan dengannya. Mungkin dia ada sebab musabab mengapa bertindak sebegitu. Yara bersetuju Fizie sentiasa berada di sampingnya bila dia memerlukan Fizie. Dan mungkin Fizie benar-benar tidak suka pergi ke hospital. Berbincanglah dengan teman baik dan bersikap terbuka agar persahabatan itu terjalin kerana ada persefahaman baik di antara kamu berdua.


Pengkhianatan dalam persahabatan

Pengkhianatan dalam persahabatanKhianat dalam persahabatan adalah perbuatan yang amat payah dimaafkan. Fitnah, mengata di belakang dan merampas kekasih adalah beberapa contoh khianat yang sering terjadi di kalangan remaja hari ini.

Ezurin, 17, meluahkan perasaan kasih sayangnya terhadap Cikgu Sharidan kepada teman baiknya, Najwa. "Kami sedang bercakap tentang lelaki dan aku mengakui Cikgu Sharidan adalah seorang jejaka yang menarik. Malah, dia pernah meluahkan perasaannya kepadaku tapi aku cuba mengelaknya. Aku mahu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaranku dan tidak mahu melibatkan soal cinta dalam hidupku buat masa ini."

Dua hari kemudian, Ezurin terkejut bila semua teman sekelasnya heboh tentang ceritanya dengan Cikgu Rashidan. Dia cuba mendapatkan penjelasan dari Najwa. Sebaliknya, Nalwa mengatakan Ezurin tidak pernah memberitahunya cerita itu adalah rahsia di antara mereka berdua. "Najwa telah memalukan aku di sekolah dan aku tidak puas hati dengan alasannya. Perlukah aku beritahu dia cerita mana yang rahsia atau tidak. Dia kan boleh berfikir...!" ujar Ezurin.

Kepercayaan amat penting sebuah persahabatan. Jika kamu rasa teman kamu cuba mengkhinatimu, berundurlah ke belakang kerana lukanya amat sukar diubati.


Batasan Persahabatan

Perjalinan sebuah persahabatan juga ada batasannya tertentu. Kamu perlu tahu di manakah batasan kamu dengan temanmu demi memelihara persahabatan yang sedia terjalin. "Persahabatanku dengan Misha renggang seketika tahun lepas." kata Hanim, 22, dari Kuala Lumpur. "Walaupun sudah bertunang namun Misha masih membuat hubungan sulit dengan jejaka lain. Suatu hari, dia suruh aku berbohong dengan tunangnya, Kamarul bahawa Misha akan bersamaku di hujung minggu. Tapi, sebenarnya dia mahu menghabiskan hari minggu bersama 'kekasih'nya itu." jelas Hanim.

Namun begitu, Hanim tidak dapat menunaikan permintaan Misha kerana dia tidak mahu berbohong. Apatah lagi Kamarul juga adalah teman baiknya. "Misha amat terkejut bila aku enggan menolongnya. Dia ingat aku rasa cemburu melihat hubungannya dengan 'kekasih'nya tapi semua itu adalah tidak benar. Aku tidak mahu berbohong pada sesiapa pun. Persahabatan kami bertambah buruk selepas itu.'' ujar Hanim.

Segala-galanya berubah bila hubungan Misha dengan jejaka tersebut terputus. Persahabatan mereka kembali baik seperti dahulu kala. "Misha tahu aku sentiasa berada di sisinya. Dia juga tahu aku tidak akan berbohong untuknya." ujar Hanim.
Melangkahi batasan persahabatat adalah terlalu berisiko tinggi. Kita perlu saling menghormati antara satu sama lain dan bersikap optimis.


Prinsip bercanggah

Setiap orang ada prinsip dalam hidupnya. Begitu juga dengan persahabatan di mana prinsip memainkan peranan penting. Sering terjadi antara dua teman yang bercanggah prinsip.

Farouk berkata, "Dulu, aku ada seorang teman yang bernama Ifah. Kami dah lama kenal dan selau juga keluar berhibur bersama. Suatu hari, aku terkejut besar melihat sikapnya yang terlalu bongkak. Aku cuba mendapatkan pandangannya terhadap isu `gay’ dan bangsa-bangsa lain. Cara Ifah menjawab terlalu bongkak sehingga menyinggung perasaanku."

"Selepas itu,aku cuba sebaik mungkin tidak membincangkan isu-isu seperti itu dengan Ifah. Namun, persahabatan kami sudah mula pudar. Tidak seperti dulu. Kini, lfah seolah-olah orang asing bagiku. Mungkin ada orang mengatakan aku nie tidak dapat menerima kata-kata Ifah. Sebenarnya, aku ada ramai teman dan aku tidak dapat terima sikap Ifah yang enggan terima pandangan orang lain. Dia ingat pandangannya saja yang betul manakala orang lain salah." sambung Farouk. Sekiranya ada wujud percangghan prinsip ataupun pandangan berbeza dalam persahabatan, kamu perlu meluangkan masa mengkaji di manakah kamu boleh perhaiki keadaan tersebut. Persahabatan kamu akan bertambah kuat jika kamu ada rasa hormat terhadapnya.


Hubungan terlalu erat

Jika mempunyai teman yang terlalu erat hubungan dengamnu memang menyeronokkan. Kamu ada teman yang boleh diharapkan, dipercayai dan dikasihi. Tapi, jika hubungan itu ,sudah sampai ke pringkat yang TERLALU rapat sehinggakan orang lain kata kamu berdua dah macam kembar Siam, kamu perlu lakukan sesuatu!! Mungkin kamu perlu ada identiti tersendiri.
"Erina dan aku adalah teman rapat sejak di sekolah rendah lagi. Selepas SPM, kami mengikuti kursus komputer di kolej yang sama. Malah, kami bekerja di syarikat yang sama setelah tamat kursus." kata Jurina, 23 yang bekeria sebagai penganalisa komputer.

"Teman-teman di pejabat tahu hubungan akrab kami dan mereka selalu kata kami seperti kembar yang payah dipisakkan. Selain itu, mereka juga mengatakan kami beridentiti sama. Pada mulanya memang ada keseronokan tapi kemudian kami mula rasa ada suatu tekanan kerana dicop sebagai Batman dan Robin di pejabat. Kami mula `memberontak'." jelas Jurina. Apa yang dirasakan oleh Jurina dan Erina ialah mereka mahukan kembali identiti mereka sendiri. Jurina sudah jarang menghadiri majlis bersama Erina. Malah, selain di pejabat, mereka sudah bersepakat tidak akan menelefon antara mereka. "Kami perlukan ruang untuk berfikir bukan hanya mahu mengenali diri sendiri. Hasilnya sungguh baik.Teman-teman sepejabat sudah tidak lagi menganggap ' kembar Siam, dan hubungan kami semakin erat berbanding sebelum ini. Sebenarnya, yang penting ialah diri kamu sendiri yang membuat kamu istimewa. ' ujar Jurina.


Cemburu

Jika kamu berdua jatuh cinta pada jejaka yang sama tentulah keadaan akan bertambah buruk. Perasaan cemburu boleh memusnahkan sebuah persahahatan walau seerat mana pun persahabatan itu. Ingat kata pepatah lama yang berbunyi, "Persahabatan adalah kasih sayang tanpa sayap". Pesanannya mudah iaitu jangan membiarkan seorang jejaka/gadis hadir dalam hidupmu tapi memusnahkan persahabatan kamu dengan orang yang paling rapat denganmu, contohnya teman-teman. Sekiranya dia adalah teman yang sesuai untukmu maka dia sudah tergolong di antara mereka.

REMAJA,1 MEI 1996, M/S 40-42

0 comments

DR.M “Hak Kita Orang Melayu Bukanlah RACIST”

Tun Dr Mahathir dalam ucapanya menjelaskan Kita orang Melayu bukanlah RACIST, namun kita menyuarakan hak kita yang termaktub dalam perlembagaan. Apa yang telah kita menterai semasa di dalam perjanjian kemerdekaan.

Jika kita RACIST sudah pasti kaum kaum lain tidak mendapat kebebasan sepertimana yang mereka perolehi pada masa ini. Sekolah Cina dan India di bina bagi menjamin bangsa mereka dalam menuntut ilmu, Kita beri Biasiswa kepada mereka yang layak mengkut kuota yang telah di menterai dalam persepakatan. Apakah ini mengambarkan kita RACIST?

Apa yang ada dalam Malaysia ini adalah hasil dari perjanjian kemerdekaan yang telah di capai dahulu. Tidak ada pihak yang tidak berpuas hati dalam mencapai kemerdekaan. Namun mengapa kini banyak pihak cuba menimbulkan ketidak puashatian dalam apa yang telah disepakati?

Kerana Kuasa dan Politik songsang maka perlembagaan yang ada telah cuba di nodai bagi membangkitkan dan menyemarakkan sengketa antara kaum. Perpaduan antara kaum di porak perandakan bagi mencapai kejayaan menjadi kuasa utama di Malaysia ini.

Tun juga mengatakan ada pihak mengatakan Melayu adalah kaum pendatang dari luar. Jika Melayu adaah pendatang mengapa Malaysia ini di panggil Malay sia??? Carilah di mana mana kitab dan arkib dari negara Arab ke negara Cina Malaysia ini dulunya di panggil Tanah Melayu. Apakah Melayu itu pendatang sedangkan Tanah Melayu namanya?

Kita orang Melayu berhak untuk mempertahankan diri kita dari terus terusan di kecam dan di Fitnah sehinggakan Maruah kita di injak injak. Orang melayu bukan Bisu, bukan Pekak, kita punya maruah dan hak dalam menyuarakan kebebasan kita di Tanah Melayu ini.

Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia, namun dalam perlembagaan juga di sebut agama lain boleh di anuti oleh bukan Islam. Apakah itu tidak adil kepada kaum lain? Apakah itu di panggil kita Melayu ini RACIST?

Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, namun bahasa lain boleh di gunakan bagi bangsa bangsa lain. Apakah kita menyekat kebebasan mereka dalam menggunakan bahasa Ibunda mereka? Apakah ini juga di kira kita orang Melayu RACIST?

Mereka katakan Kontrak kontrak di berikan kepada Melayu dan keroni keroni sahaja. Tetapi harus diingat bukan semua diberikan kepada melayu. Orang bukan Melayu juga mendapat Kontrak dari pihak Kerajaan.

Namun mengapa kita tidak bertanya, apakah Syarikat Swasta meberikan Kontrak kepada orang Melayu? Apakah pihak Swasta mengagihkan kontrak syarikat mereka kepada syarikat Melayu?

Kita sungguh adil sehingga kita di tuduh RACIST, kita sayang kepada Bangsa kita dan negara kita ini. Kita orang melayu tidak pernah membuang kad pengenalan jika kita tidak sayang kepada Malaysia ini. Namun ada pihak yang membuang kad pengenalan bagi hidup di luar Malaysia. Apakah itu bukan satu kebenaran?

PERKASA memperjuangkan HAK orang Melayu dan tidak salah walau di mana sekalipun selagi berlandaskan perlembagaan.

Saya mengharapkan Dato Sri Najib mendengar rintihan kaum kaum lain namun jangan lupa rintihan kaum Melayu. Jika Melayu di abaikan maka takut akibat yang parah pada yang ada hari ini
.
Diharapkan seluruh Melayu bersatu bagi memperjuangkan HAK kita orang Melayu.

Ini adalah ucapan Dr.M ketika mesyuarat agung PERKASA.

0 comments

Friday, March 26, 2010

Facebook Pages Bakti Remaja Mendapat Sambutan

Friday, March 26, 2010
Tidak sampai 12 jam kami melancarkan Facebook Pages Bakti Remaja ianya mendapat ambutan yang agak menggalakkan. Setakat berita ini ditulis kini sudah mempunyai 65 fans. Teruskan bersama kami..."SANTAI BERILMU...MENTAL JANGAN CALAR, JIWA JANGAN KACAU"

http://www.facebook.com/pages/baktiremaja/160032942412


0 comments

Thursday, March 25, 2010

DBR 2010 Dun Sura Siri 1 Ditunda

Thursday, March 25, 2010

Capture Program DBR 2010 Dun Sura Siri 1 yang dijadual berlangsung selama 3 hari mulai hari ini (26 Mac 2010) akan ditunda pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Harap maklum.


0 comments

Galeri Foto

Terdapat sedikit masalah database dalam carian pada “tag” galeri foto blog ini. Sebagai alternatif kami menyediakan halaman ini di mana anda bolehlah klik pada link link berikut :-

 

GALERI FOTO

            2010

 

            2009


0 comments

PENGUMUMAN : Akaun Friendster Bakti Remaja Akan Ditutup

Dalam tempoh tidak kurang 24 jam sahaja lagi, kami mengambil keputusan untuk menutup akaun sosial networking friendster Bakti Remaja. Langkah ini diambil berikut kebanyakan dewasa ini ramai pengguna - pengguna internet sudah beralih ke laman sosial yang lebih popular iaitu Facebook.


Berikutan dengan itu, kepada bekas - bekas peserta Bakti Remaja bolehlah menyertai kami di www.facebook.com/baktiremaja

0 comments

Foto Dun Bukit Besi Siri 1 2010

Berikut merupakan sebahagian daripada gambar yang telah kami rakamkan. Lain-lain gambar yang selebihnya akan dimuatnaik sedikit masa lagi.OLYMPUS DIGITAL CAMERA         P3230285 P3230286 OLYMPUS DIGITAL CAMERA         P3230289 P3230290 P3230291 P3230292 P3230293 P3230294 P3230295 P3230296 P3230297 OLYMPUS DIGITAL CAMERA         P3230299 P3230300 P3230302 P3230303 OLYMPUS DIGITAL CAMERA         P3230305 P3230307 P3230308 P3230309

OLYMPUS DIGITAL CAMERA




0 comments

Wednesday, March 24, 2010

MAKLUMAN KEPADA SEMUA FASILITATOR

Wednesday, March 24, 2010

Satu manual lengkap akan dikeluarkan sedikit masa lagi yang mengandungi kesemua modul, LDK, riadah, serta tambahan lampiran seperti

  1. Etika Fasilitator.
  2. Set penuh " Pelembagaan Malaysia
  • Bahagian I - Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang bagi Persekutuan
  • Bahagian II - Kebebasan Asasi
  • Bahagian III – Kewarganegaraan
  • Bahagian IV – Persekutua
  • Bahagian V - Negeri-Negeri
  • Bahagian VI - Perhubungan Antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri
  • Bahagian VII - Peruntukan Kewangan
  • Bahagian VIII - Pilihan Raya
  • Bahagian IX - Badan Kehakiman
  • Bahagian X - Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam
  • Bahagian XI - Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, dan Perbuatan dan Jenayah yang Memudaratkan Orang Awam dan Kuasa Darurat
  • Bahagian XII - Am dan Pelbagai
  • Bahagian XIIA - Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak
  • Bahagian XIII - Peruntukan Sementara dan Peralihan
  • Bahagian XIV - Kecualian bagi Kedaulatan, dsb., Raja-Raja
  • Bahagian XV - Prosiding Terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja
  • Jadual-Jadual
  • Senarai Pindaan
  • Senarai Perkara yang Dipinda

  1. Artikel khas mengenai "Artikel 153"
  2. Konsep Demokrasi Berparlimen.
  3. Kronologi lengkap "Peristiwa 13... Mei"
  4. Serta pelbagai isu semasa dan pelbagai lagi artikel - artikel penting.

Ianya mengandungi lebih 200 mukasurat siap di "binding" dan berkulit tebal dan akan dicetak nama serta id tag anda. Harga akan dikenakan dengan kadar yang berpatutan bawah dari RM20. Semua fasilitator sebaiknya memilikinya, namun tiada paksaan. Amat berguna dan ianya boleh disimpan sebagai kenangan dan juga sebagai tanda pengorbanan anda pada Negara - koordinator Program Bakti Remaja 2010 Kem Kolej Ketengah.


0 comments

Tuesday, March 23, 2010

Bakti Remaja Dun Bukit Besi Siri 1 2010

Tuesday, March 23, 2010
Bermula pada 22-24 Mac seramai 141 peserta yang terdir daripada 109 lelaki  32 wanita berkampung di Kem Kolej Ketengah untuk menjalani Program Bakti Remaja 2010 setelah berakhirnya untuk siri Dun Paka dan juga Dun Rantau Abang.

 Rata-rata peserta kali ini memberikan komitmen dan menunjukkan semangat bagi meneruskan program ini. Kebanyakan dari mereka amat teruja kerana merasakan program yang dilaksanakan di kem ini begitu berjaya menarik minat mereka semua dengan pelbagai aktiviti serta LDK – LDK yang dijalankan tidak membosankan.

Ini diakui sendiri oleh Presiden Dun Bukit Besi Siri 1 iaitu, Che Wan Nortaksiah Binti Wan Abdullah (gambar kecil). Beliau memenangi pilihanraya DBR 2010 yang mendapat 90 undi mengalahkan 4 calon lain.

“ Saya selaku presiden bagi dun Bukit Besi yang dipilih mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu kerana menganjurkan program ini. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat memupuk semangat cintakan negara di kalangan peserta. Selain itu peserta juga dapat menimba ilmu dan mencari pengalaman sepanjang kursus dijalankan. Peserta juga dapat mengeratkan sillaturrahim diantara satu sama lain” ujar beliau.

2 comments

Sunday, March 21, 2010

KENYATAAN RASMI : DBR 2010 KEM KOLEJ KETENGAH

Sunday, March 21, 2010

AHMAD RAHMAT BIN RAMLEE

Koordinator / Fasilitator

Program Bakti Remaja Terengganu 2010

Kem Kolej Ketengah

Jalan Sultan Sulaiman,

Bandar Al-muktafi Billah Shah,

23400 Dungun, Terengganu.

rahmat_email@email.com

019-999 2284

 

PROGRAM DBR 2010 KEM KOLEJ KETENGAH DIKENDALIKAN SEPENUHNYA OLEH PEMUDA & PUTERI UMNO BAHAGIAN DUNGUN

 

Adalah dengan ini dimaklumkan kepada semua pihak dan kepada sesiapa yang berkenaan bahawa Program Bakti Remaja yang bertempat di Kem Kolej Ketengah ini dikendalikan sepenuhnya oleh Pergerakan Pemuda Umno Bagahian Dungun dan juga Pergerakan Puteri Umno Bahagian Dungun.

 

Segala apa jua modul yang kami gunakan adalah hasil daripada persetujuan yang telah dicapai dalam Kursus TOT dan Penggubalan Modul DBR 2010 pada 28 Febuari – 1 Mac 2009 yang diadakan di Kem Damai, Besut.

 

Walaubagaimanapun terdapat juga modul – modul dan slot – slot tambahan yang kami laksanakan berdasarkan keperluan dan situasi serta tahap peserta.

 

Oleh yang demikian, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana – mana pihak untuk mengaitkan kami dengan mana – mana pihak samada agensi kerajaan, NGO dan individu – individu tertentu tentang pelaksaan program ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

AHMAD RAHMAT BIN RAMLEE

Koordinator / Fasilitator


0 comments

Saturday, March 20, 2010

Cetusan Hati : Anak Sulung (Siri 5)

Saturday, March 20, 2010
Assalamualaikum...salam buat semua.

Alhamdulillah dua siri Kursus DBR telah berjaya dijalankan dengan penuh jayanya. Walaupun kepenatan tetapi semangat yang ada tidak pernah luntur sedikit pun. Kerjasama dan ikatan persaudaraan yang cukup kuat pada Kem Kom,Urusetia,Fasilitator serta Jurulatih memberi impak yang besar setiap program yang dijalankan.

Peserta-peserta dari DUN Rantau Abang dan Paka yang telah hadir amat membanggakan. Mereka memberi kerjasama yang baik serta disiplin yang tinggi ditunjukkan sepanjang program walaupun mereka datang dari pelbagai lapisan dan latarbelakang.

Sama-sama melalui suka duka pahit manis sepanjang program akan meninggalkan kenangan sepanjang zaman. Peserta diberikan kefahaman jati diri,pembangunan insan serta tanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara.

Sekarang bukan lagi masanya untuk kita leka dengan arus dunia hari ini. Tatkala kita diancam oleh orang lain yang ingin menyingkirkan Melayu dari terus berkuasa. Kefahaman perlu disampaikan secara jelas peranan para belia hari ini. Generasi yang bakal menentukan nasib orang Melayu selepas ini kerana Tuhan tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang berusaha ke arah yang lebih baik.

Sedarilah ancaman yang ada tidak lagi boleh dipandang ringan. Silap kita membuat pilihan akan memusnahkan segala yang telah terbina selama ini. Perlu diperhalusi dengan pemikiran yang waras. Bukan hanya memandang dari satu sudut kerana ia ada buruk dan baiknya. Yang penting maklumat biarlah tepat dan ada kebenarannya.

Kepada Kem Komandan serta rakan-rakan yang sentiasa bersama suatu penghargaan yang tidak terhingga buat kalian kerana kita tidak pernah meletakkan kepentingan diri di hadapan. Apa jua permasalahan yang timbul kita selesaikan bersama dengan cara yang berhemah.
Secara jelasnya kita telah banyak berkorban walaupun pengorbanan kita itu tidak dipandang oleh orang lain. Biarlah, kerana Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita laksanakan untuk anak bangsa sendiri demi kerana agama,bangsa dan tanahair tercinta.

Kepuasan pada kita dan bersyukur ke hadrat Ilahi apabila peserta yang berjaya menamatkan kursus pulang sebagai perwira yang akan terus bersama-sama mendaulatkan agama,bangsa dan negara. Walaupun kita kadang-kadang terasa dengan pihak pengurusan tetapi semangat yang ada ini mampu untuk kita menangkis segala perkara yang negatif.

Kepada rakan-rakan yang dikasihi juga diseru agar meneruskan perjuangan ini tanpa rasa takut kerana Allah Maha Mengetahui apa yang kita tunaikan demi kerana agama,bangsa dan negara.

Salam Perjuangan buat semua...hayati sebuah perjuangan.


0 comments

Kem Komandan Kemalangan

BERITA TERKINI : Saya baru sahaja menerima panggilan dari Kem Komandan, En. Mohtadin. Beliau terlibat dalam kemalangan 20km sebelum sempadan Segamat ketika perjalanan pulang ke Batu Pahat. Namun syukur beliau dan anaknya tidak mengalami kecederaan serius, cuma keretanya sahaja yang rosak teruk dan tidak dapat meneruskan perjalanan.

0 comments

Cabaran Globalisasi: Kesannya Kepada Remaja

DUNIA kini semakin rumit dan berserabut. Jika ada dua perkataan yang dapat menggambarkan situasi yang kini sedang berkembang dalam dunia dewasa ini adalah "kekeliruann dan "kepalsuan".
 Apakah yang lebih mengelirukan bagi generasi pewaris jika mereka dalam suatu keadaan sedang menyaksikan kehidupan manusia yang berada di dalam kekaburan dan kesamaran untuk menentukan destinasi hidup yang sebenar? Di suatu waktu golongan muda kita diperdengarkan mengenai slogan keadilan dan kebenaran tetapi di waktu yang lain mereka menyaksikan perbuatan yang zalim dan pemalsuan di atas nama keadilan dan kebenaran itu sendiri.

Sesungguhnya kekeliruan dalam pemikiran dan tanggapan terhadap erti kesejahteraan dan kemakmuran hidup telah membawa kepada krisis yang semakin kusut dan tragedi yang amat besar kepada kemanusiaan di waktu ini. Komplot dikelirukan di atas nama kebersamaan, monopoli kekayaan di atas nama pertumbuhan ekonomi, dominasi budaya di atas nama liberalisasi, penindasan golongan lemah di atas nama demokrasi, hedonisme di atas nama kebebasan individu peminggiran di atas nama urbanisasi dan penjajahan di atas nama pasaran bebas.

Semua ini sedang dihidangkan kepada generasi pewaris. Dalam jangka masa panjang yang palsu jika diulangi dan diperkukuhkan dengan kenyataan yang tidak disanggah, akhirnya akan menjadi persepsi yang dianggap benar dan terus dilanjutkan serta kadangkala dipertahankan tanpa soal.

Kita kerap memperkatakan sesuatu yang sering tidak kita fahami tetapi akibat dari sogokan yang bertubi-tubi melalui pelbagai media ia sudahnya diterima. Di zaman ini tidak ada ungkapan dan laungan yang paling tertonjol dan didengari dan dianggap sebagai benar oleh hampir semua pemegang kuasa dan khalayak awam melainkan Globalisasi.

Ramai yang sudah hampir yakin dengan penuh taqlid bahawa fenomena globalisasi adalah suatu realiti yang perlu diakui. Sejauh mana dan ke mana arah sebenarnya globalisasi akan membawa kita hampir tidak dapat diteliti dengan waras dan saksama oleh pelbagai pemikir dan perancang.

Kita sekarang sebenarnya sedang berada di suatu zaman di mana proses penyeragaman yang amat ketara sedang berlangsung. Akibat dari apa yang dikatakan globalisasi, kita sudah hampir pasti mengatakan kepelbagaian adalah satu ketidaksempurnaan. Oleh yang demikian kita semakin akur mengatakan bahawa globalisasi adalah suatu konsep yang benar dan tepat walaupun natijahnya jelas membawa banyak kesan negatif daripada positif. Kita akan perhatikan bahawa hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh dunia.

Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Tidak ada sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan glabalisasi. Namun begitu kita tidak pula nampaknya mengambil sikap yang kritikal terhadap proses ini.

Dalam keghairahan untuk diglobalkan, kita semakin terputus dari budaya dan akar sejarah kita sendiri. Suatu tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi asas pemikiran kita masa kini ialah semua sejarah bangsa mahupun negara tidak lagi bermakna melainkan proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang harus membentuk seluruh tamadun hidup semasa.

Murni
Itulah hakikat globalisasi sebenarnya di mana ia adalah suatu proses penyeragaman dan penyamarataan "semua untuk satu dan satu untuk semua". Globalisasi dilihat sebagai suatu faham bahawa di dalam kehidupan ini tidak wajar lagi diiktiraf tanggapan nilai murni dan mulia secara objektif. Akibat dari "nilai-nilai global" yang dibentuk serta didalangi dan didukungi oleh faham dan pandangan hidup barat, maka kehidupan yang dilandaskan oleh nilai-nilai mutlak berdasarkan pegangan agama tidak lagi dapat diterima.

Apa yang disogokkan melalui globalisasi ialah segalagalanya perlu disamaratakan. Dengan lain perkataan ia bermakna seluruh pandangan hidup dan nilai hidup hendaklah diseragamkan tidak kira dari mana asas nilainya yang dibentuk. Ini diterjemahkan dalam pelbagai dimensi hidup dari sekecil-kecil perilaku seperti berpakaian sehinggalah ke sebesar-besar agenda di peringkat perhubungan antarabangsa.

Lantaran globalisasi mempunyai Jentera penjananya sendiri iaitu badan-badan konglomerat dunia yang sekali lagi berpaksi dan berpusat di barat maka kepentingan globalisasi pada hakikatnya tidak lain daripada kepentingan barat jua. Globalisasi pada hakikatnya tidak lebih daripada maksud dominasi. Laungan keadilan dan kesaksamaan universal yang cuba dikaitkan dengan proses globalisasi hanya merupakan suatu pemalsuan dan penyembunyian hakikat sebenar.

Kita sering tenggelam dan lemas dalam kejahilan yang amat ketara. Hampir jelas globalisasi sebagai suatu istilah baru kepada gerakan yang lama tidak lagi dapat difahami apatah lagi dianalisa dengan kritikal.

Semakin ramai penganalisis dunia kini telah memperakui globalisasi sebagai satu kenyataan yang diterima dan perlu dijadikan premis yang benar dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Keghairahan pemikir-pemikir dan ahli-ahli akademik untuk menerima globalisasi kini diperkukuhkan oleh badan-badan antarabangsa di atas pelbagai nama yang amat mengkagumkan. Tanpa segan silu lagi mereka mengatakan bahawa fenomena wujudnya "rakyat global" adalah suatu bentuk idealisme yang perlu diterima oleh semua negara.

Demikianlah mendalamnya pemikiran globalisasi yang dijiwai oleh perancang-perancang pembangunan di seluruh dunia sehingga tidak wujud lagi rasa curiga terhadap kesan prosesnya yang dijana dan dicanangkan oleh kuasa-kuasa barat.
Tidaklah menghairankan kalau penganut-penganut globalisme ini akhirnya akan mengatakan, kedaulatan sesebuah negara bangsa tidak perlu diwujudkan lagi kerana mereka terus beranggapan bahawa apa yang dipanggil "dunia tanpa sempadan" adalah kemuncak kemajuan. Dengan demikian mereka berasa puas untuk menjadi alat dan hamba kepada pelbagai institusi global yang mengeksploitasi seluruh kepakaran dan keahlian mereka bagi membuka dan merungkai segala halangan yang menyebabkan sesebuah negara tidak memperakui globalisasi sebagai satu kemestian.

Kita menjadi semakin terhimpit apabila negara dankebanyakan pemimpin sudah membuat komitmen untuk menyertai proses globalisasi ini. Apakah makna, ke arah manakah tujuan dan apakah implikasinya, tidak menjadi persoalan penting. Apa yang diutamakan adalah semua pihak perlu menyertai dan menyesuaikan diri untuk menjadi lebih global.

Jika benarlah global itu bermakna lebih menyeluruh dan mengambilkira semua aspek dan kepentingan setiap warga dunia, kenapakah realiti globalisasi yang sedang berjalan kini tidak menunjukkan tanda tersebut melainkan semakin ketara fenomena dunia yang bersifat unipolar sedang dikuasai oleh hanya satu blok kuasa iaitu blok barat sahaja. Yang semakin jelas ialah bukan konsep menyeluruh itu yang sebenarnya ditekankan tetapi sebaliknya konsep "semua untuk satu" jualah yang kini menjadi agenda barat.

Apabila kita ingin menyinggung persoalan cabaran dan kesan globalisasi ke atas golongan remaja, sebenarnya kita sudah agak lewat untuk membuat suatu penilaian kritikal bagi mempersiapkan golongan tersebut menghadapi fenomena ini. Malah kesan globalisasi sudah terlalu awal lagi berada dalam kawalan kuasa besar dalam pelbagai bentuk seperti badan ekonomi, badan korporat dan konglomerat teknologi.
Cabaran
Satu-satunya cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan di agenda paling atas adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Cabaran ini adalah suatu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio budaya sesuatu kelompok masyarakat belia dapat disempurnakan maka segala usaha untuk menerobos bidang — bidang yang lain akan menjadi lebih mudah.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah mengejutkan apabila sistem sosio budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita kini sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara.

Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan di mana anak-anak muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya, bangsa dan agamanya sendiri. Dalam keghairahan untuk mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat, anak-anak muda kita secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya hidup barat. Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentuk kehidupan golongan belia.

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena di atas boleh disaksikan dengan insiden-insiden dan trend berikut:

  • Pakaian jenama barat.

  • Makanan segera keluaran barat.

  • Minuman global yang ditaja oleh barat.

  • Hiburan yang menonjolkan budaya barat.

  • Media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda.

  • Rekreasi yang meniru ala barat.

  • Dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat

  • Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat.

  • Produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.
Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh jati diri golongan muda. Dari globalisasi kepada dominasi, golongan muda semakin terdedah kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang terputus dan terpisah jauh dari budaya hidup timur.

Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari implikasi globalisasi yang semakin rancak dan tidak terkawal. Golongan muda seharusnya berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan jati diri kita yang sebenar tidak akan digadai. Hanya golongan muda yang mempunyai keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita ingin berinteraksi dengan dunia luar kita tetap akan terus yakin dan tegas dalam mempertahankan kejatian diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi akan menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan nilai dan pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan palsu.

0 comments

Menanti Kami Dun Bukit Besi

berita dalam proses


0 comments

Foto Dun Paka Siri 1 2010

Capture P1000787 P1000788 P1000789 P1000790 P1000791 P1000792 P1000793 P1000794 P1000795 P1000797 P1000798 P1000799 P1000800 P1000801 P1000804 P1000805 P1000806 P1000807 P1000808 P1000809 P1000810 P1000811 P1000812 P1000813 P1000814 P1000815 P1000816 P1000817 P1000820 P1000821 P1000822 P1000823 P1000824 P1000825 P1000826 P1000827 P1000828 P1000829 P1000830 P1000831 P1000832 P1000833 P1000834 P1000835 P1000836 P1000838 P1000839 P1000840 P1000841 P1000842 P1000845 P1000846 P1000847 P1000848 P1000849 P1000851 P1000852 P1000853 P1000854 P1000855 P1000856 P1000857 P1000858 P1000859 P1000860 P1000861 P1000862 P1000863 P1000864 P1000865 P1000866 P1000867 P1000870 P1000871 P1000873 P1000874 P1000875 P1000876 P1000877 P1000878 P1000880 P1000882 P1000883 P1000884 P1000885 P1000886 P1000887 P1000888 P1000889 P1000890 P1000891 P1000892 P1000893 P1000894 P1000895 P1000897 P1000898 P1000900 P1000901 P1000902 P1000903 P1000904 P1000905 P1000906 P1000907 P1000908 P1000909 P1000910 P1000911 P1000912 P1000913 P1000916 P1000917 P1000918 P1000919 P1000920 P1000921 P1000922 P1000923 P1000924 P1000925 P1000926 P1000927 P1000928 P1000930 P1000931 P1000932 P1000933 P1000934 P1000935 P1000936 P1000937  presiden

0 comments